Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum
menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg
betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah
disebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka
tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk
kita.
Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di
dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang
paling hebat yg pernah kita rasai.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah
kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg
kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu
jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia,
jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang
kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .
Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan
tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan
seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya
dengan sebenar.
Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin
tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu
kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin
kamu lakukan.
Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu
menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg
cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup
utk membuatkan kamu bahagia... .
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg
datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg
menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg
telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg
telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..
Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah
dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam
" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata
cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang
tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang
menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya
demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan
kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan
kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai
bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat
memedihkan...
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa
dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu
benar-benar mencintainya setulus hati.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh
hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang
yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya
menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung,
bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk
dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...
Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan
pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya
ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...
Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan
teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa
diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus
zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak
sesempurna Rasulullah SAW...
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamumengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena
bisanya ketajaman mata kailmu danmungkin ia akan menderita selagi ia
masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimuhendaklah kamu menjaga
hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena
ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya
andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku
kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan
hidupnya menderita...
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih
menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan
lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu
apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi
kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang
kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan
bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua
dan hidupmu kembali ceria...
No comments:
Post a Comment